UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
Tuesday, 20 December 2016
PENGENALAN
Maksud
khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang
dicampuradukkan dengan perkara dusta (al Mujam al Wasit). Manakala menurut
Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang diada-adakan mengikut perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pengertian khurafat dari
segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan, khayalan, ajaran, pantang
larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita atau
perbuatan yang direka dan bersifat karut serta dusta.
Secara
mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita, benda seperti batu, kayu atau tanah, prinsip atau fahaman
yang dipercayai dengan yakin boleh mendatangkan manfaat
ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang
tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam. Dalam
masa yang sama ia juga bertentangan dengan logik akal kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung
mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari
Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ''Tidak ada
jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu
dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)". Amalan
khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan dan juga perlakuan yang diikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah
salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat
ini mengalir antara pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang
mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat
terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti
dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam atau tidak berkaitan dengan
ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan
ketuhanan seperti pemujaan, penyembahan dan membuang ancak.
PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT
Kejahilan
Ini
adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amalan
khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya
sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah
suatu kewajipan atas setiap individu muslim.
Kepentingan peribadi
Bagi
mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja
walaupun terpaksa menggadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala
mungkar.
Niat yang jahat
Sesungguhnya
di antara hikmah syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin
merealisasikan niat dan amalannya.
Pergaulan
Faktor
ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan
amalan khurafat, seperti ikut kawan meneka nombor ekor dan mengamalkan ajaran "Black Metal".
Keadaan sekeliling
Suasana
masyarakat yang tidak mematuhi undang-undang agama juga menjadi factor
berleluasanya ajaran Khurafat. Oleh itu faktor ini penting untuk diberikan
perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar
tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya
ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.
Adat kebiasaan
Faktor
ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama ke arah berterusannya amalan
khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan “Biar mati anak jangan mati
adat”, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara
berterusan, umpamanya mengadakan upacara menyembah atau menjamu hantu,
hulubalang dan semangat roh.
Kepercayaan Karut
Sebelum
kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan
kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang
menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut.
Pengaruh politik
Untuk
mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk
terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau
bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka
yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah
menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin
di Terengganu).
AKIBAT MELAKUKAN PERBUATAN KHURAFAT
TERHADAP DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Minda terkongkong
Apabila
seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran khurafat akan menyebabkan
minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang
tidak rasional kerana sifat taksub mereka terhadap sesuatu perkara.
Lupa tanggungjawab terhadap
keluarga
Mengikuti
ajaran khurafat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya
terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub yang melampau dalam beragama.
Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang diamanahkan oleh Allah
SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan itu sendiri.
Perpaduan tergugat
Perpaduan
di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran khurafat ini. Hal ini
boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri.
Bagi
menjamin diri dan keluarga untuk tidak terbabit dengan ajaran khurafat, umat Islam
jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak
akan terjebak dengan amalan khurafat.
ISU
DAN PERBINCANGAN
Filem “Hantu Bonceng”. Cerita mengisahkan
Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu
hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia
bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran
hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah
kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu
Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan
mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya
menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah
Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan
atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran
lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh
hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang
yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya.
Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.
Filem
ini telah didakwa menghina Islam dengan suatu babak yang mana Zizan
dianggap menghina Rasulallah S.A.W dengan menyebut “Ashaduanna
Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu
... syaitan”. Oleh yang demikian Ustaz Azhar Idrus turut memintanya
bertaubat kepada Allah,berhubung isu azan, memakai baju yang mempunyai
palang salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.
Filem
“Nasi Tangas” (Nasi Kangkang) ini
mengisahkan tentang pasangan suami isteri Hairi lakonan Azwan Kombos dan Mira
(Adibah Yunus) berantakan apabila Hairi terlalu akrab dengan kawan baiknya
Fatin (Shima Anuar) sehingga menimbulkan rasa cemburu Mira.
Mira
menggunakan jalan pintas untuk merampas semula cinta Hairi menggunakan cara
amalan ilmu hitam dengan melakukan nasi kangkang agar Hairi mengikut segala
arahannya.
Pengarah
filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang), Hashim Rejab mendedahkan mantera yang
digunakan dalam filem tersebut merupakan mantera sebenar untuk amalan khurafat
pembuatan nasi kangkang. Hashim berkata, mantera tersebut diperoleh daripada
kajiannya terhadap beberapa orang lama yang tahu tentang amalan tersebut.
"Saya
guna mantera Jawa yang sebenar yang diperolehi daripada beberapa kajian
terhadap orang tua-tua dulu yang tahu tentang pembuatan syirik ini.
"Bagaimanapun
elemen-lemen lain yang sebenar saya tidak tunjukkan bagi mengelakkan ia ditiru
oleh penonton, hanya beberapa perkara asas sahaja yang ditunjukkan,"
Pihak
Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) terpaksa memotong beberapa babak dalam
filem ini kerana LPFM menganggap perkara tersebut boleh mengganggu dan
merosakkan ketenteraman awam.
CARA MENANGANI PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
1) PERANAN KERAJAAN
Kerajaan perlulah mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. Selain itu, juga perlulah meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan khurafat.
2) PERANAN MASYARAKAT
Kerajaan perlulah mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. Selain itu, juga perlulah meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan khurafat.
2) PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan
yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu ada antara
adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita
mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan
kita menjadi seorang yang musyrik.
3) PERANAN DIRI SENDIRI
Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka kepada kita.
Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka kepada kita.
KESIMPULAN
Oleh itu,
amalan khurafat sangat dilarang dalam islam. Melalui kajian ini dapat dilihat
dengan jelas bahawa terdapat banyak filem-filem yang ditayangkan mengandungi
unsur khurafat yang semakin berleluasa di negara kita. Hal ini jelas
menggambarkan rakyat Malaysia kini mudah terpengaruh dengan filem-filem yang
ditayangkan. Oleh yang demikian ,terdapat beberapa pengajaran yang
boleh diperolehi melalui kajian ini. Sebagai umat islam, seharusnya kita
perlulah lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan setiap filem yang
ditayangkan dalam filem “Nasi Tangas”. Babak dimana Mira terlihat ibunya, Mak
Ton sedang melakukan sesuatu. Mak Ton dapat mengagak apa yang Mira rasa (Mira
ingin mendapatkan kembali suaminya) dan membawa Mira berjumpa dengan "Embah Senu" bagi mendapatkan ilmu Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Kita seharusnya bertawakal
dan hanya bergantung kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu perkara bukannya mempercayai perkara karut-marut seperti
yang ditunjukkan dalam filem. Contohnya filem “Hantu Bonceng” dimana watak
dalam filem lebih percaya kepada bomoh berbanding Allah. Zizan Razak telah
berjumpa dengan seorang bomoh untuk meminta bantuan supaya hantu yang mengikuti
Zizan dapat dihalau daripada dirinya. Kita seharusnya mengelakkan dan menjauhkan diri kita
daripada percaya perkara kepada bomoh yang dianggap mampu memberi apa sahaja berbanding
dengan Allah.
Di
samping itu, kerajaan perlulah mengambil tahu akan perkara
disekeliling mereka terutama dalam masalah khurafat yang semakin berleluasa
seperti yang terkandung dalam filem-filen di Malaysia. Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani
dan membanteras masalah ini dengan menghadkan lagi filem-filem yang berunsurkan
khurafat yang berlebihan dan memperbanyakkan lagi filem berunsurkan kerohanian. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106,
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang
tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan
mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah
engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu kerajaan perlulah
menapis terlebih dahulu setiap filem yang diterbitkan sebelum ditayangkan
kepada orang ramai.
Akhir
sekali, sebagai seorang muslim yang sejati janganlah kita mudah terpengaruh
dengan filem yang ditayangkan dan lebih memperbanyakkan ibadat kepada Allah.
Elakkan diri daripada tempat-tempat yang sering menjalani aktiviti khurafat
seperti kawasan perkuburan,hutan dan sebagainya. Justeru itu, menjadi
tanggungjawab kita bersama dalam mengatasi masalah ini. Hiburan sememangnya
tidak salah dalam Islam tetapi janganlah kita melanggar batas yang telah
ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam
menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran
Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang
hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab
Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.
Subscribe to:
Posts (Atom)


